Kunjungan Persahabatan Media ke Malaysia

  • Bagikan

KUALA LUMPUR, (Waspada): Delegasi media Indonesia sebanyak 18 orang, terbang ke Kuala Lumpur Selasa (28/6) siang dari bandara internasional Soekarno-Hatta untuk mengikuti program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia.

Lawatan (kunjungan) sampai 1 Juli itu merupakan usulan dari Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami Malaysia). Dan delegasi itu didampingi Setia Usaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ammil Afiq Jasimi.

Para peserta kunjungan tersebut terdiri dari Umi Kalsum, Timbalan Ketua Pengarang IDN Times; Puguh Hariyanto, Timbalan Ketua Pengarang Sindo News; Bagja Hidayat, Pengarang Urusan Majalah Tempo; Erwin Dariyanto, Pengarang Urusan Detik.com; dan Galih Kurniawan, Pengarang Urusan Bisnis Indonesia.

Kunjungan Persahabatan Media ke Malaysia

Turut serta Fadli Pangestu, Koresponden Jakarta Post di Batam; Vima Puspa Setyorini, Koresponden ANTARA di Kuala Lumpur; Chandra Hendrik Hasudungan, Penolong Pengarang Pelaksana TV One; Faieq Hidayat, Editor Inews; Tomy Kurnia Rony, Junior Editor Liputan6.com; oDhio Faiz Syarahil, News Developer dan Wartawan CNN Indonesia; Wartawan Waspada (Medan), Muhammad Faisal.

Tinjau Asrama Pekerja Asing

Pada hari pertama kunjungan, delegasi media Indonesia meninjau sendiri asrama pekerja asing wanita di Pangsapuri Sri Ayu untuk mendapatkan gambaran sebenarnya mengenai pengurusan penempatan pekerja asing di negara ini.

Koresponden kantor berita ANTARA di Kuala Lumpur Virna Puspa Setyorini yang menyertai sesi tinjauan itu berkata pihaknya akan melaporkan hasil tinjauan itu dalam bentuk berita untuk disampaikan kepada warga Indonesia.

“Kami akan sampaikan situasi apa yang kami lihat hari ini dalam kaca mata wartawan kepada pembaca di Indonesia. Apa yang dikhabarkan ini semuanya boleh mencerahkan pengetahuan masyarakat Indonesia tentang suasana kehidupan tenaga kerja kita di Malaysia.

Kunjungan Persahabatan Media ke Malaysia

“Layanan ini boleh merapatkan hubungan antara kedua negara,” katanya selepas menyertai sesi lawatan Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) ke asrama.

Sesi lawatan itu merupakan antara program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia selama empat hari bermula, bertujuan membuka ruang kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan hubungan serta kefahaman bersama dalam menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Urusetia Iswami Malaysia Hakimi Zuffrida Mohd Zain pula menyifatkan program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia itu sebagai tali pengerat silaturahim antara media Malaysia dan Indonesia, serta mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya dan adat resam antara kedua-dua negara.

“Program seumpama ini mampu tangani berita palsu dari sumber yang tidak tepat,” katanya yang juga Pengurus Saluran Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) TV.

Kunjungan Persahabatan Media ke Malaysia
TKI asal Sumut yang kerja di Sony Elektronik

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Saharom Mohni berkata asrama pekerja asing wanita tersebut telah beroperasi sejak 1998 yang menempatkan kira-kira 1,000 pekerja kilang elektronik di sekitar Bangi.

“Asrama pekerja ini khas buat pekerja wanita sahaja. Ada pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatan, kehormatan dan privasi penghuni. Asrama ini menjadi bukti bahawa Malaysia menjaga hal ehwal pekerja asing. Apabila terjaga, ia dapat tingkatkan produktiviti pekerja,” katanya.

Saharom berkata PKNS juga membina asrama sama di Kelana Jaya iaitu Datum Incity Hostel yang mampu menampung lebih 5,000 pekerja asing dengan biaya pembinaan bernilai RM120 juta.

“Asrama tersebut telah mulai beroperasi dan kini sudah 60 persen penghuni menetap di sana,” katanya, yang turut berharap delegasi media Indonesia dapat melaporkan perkara tersebut agar pekerja Malaysia yang bekerja di Indonesia mendapat layanan dan kemudahan sama.

Beliau berkata PKNS sedang dalam perancangan untuk membina pusat asrama pekerja (CLQ) di beberapa lokasi yang mempunyai kawasan perindustrian terbesar di negara ini bagi memastikan penempatan pekerja asing teratur dan terpusat.(m28)

Kunjungan Persahabatan Media ke Malaysia
  • Bagikan