
JAKARTA (Waspada) : Tourism Malaysia merupakan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia meluncurkan startegi diberi nama Misi Galakan Pelancongan empat bandar utama di Indonesia, Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya.
Misi Galakan Pelancongan mulai Kamis 10 – 18 April 2025, disertai 36 pemain industri yang terdiri daripada syarikat pengendali pelancongan, pengusaha produk pelancongan, MM2H, syarikat penerbangan dan pengusaha hotel dari Malaysia yang akan dipertemukan dengan penggiat industri pelancongan dari Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam industri ini.
Inisiatif strategik ini seiring dengan pelancaran Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta sokongan ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal.
“Pasaran Indonesia kekal sebagai salah satu negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam lima pasaran utama penyumbang tertinggi ketibaan pelawat ke Malaysia. Misi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bersempena kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia,” ungkap YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia saat menggencarkan strategi Misi Galakan Pelancongan di Jakarta, Kamis (10/4).
Misi ini turut melibatkan penganjuran seminar dan sesi business-to-business (B2B) bersama persatuan pelancongan utama Indonesia seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA), serta Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) dengan memperkenalkan kepelbagaian tawaran pelancongan ke Malaysia.
Selain menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai pelawat dari Indonesia ke Malaysia, program ini juga mengukuhkan manfaat ekonomi jangka panjang bagi sektor pelancongan kedua-dua negara. Selain itu, Tourism Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri pelancongan utama Indonesia, termasuk syarikat penerbangan dan Online Travel Agencies (OTA) seperti Tiket.com dan Traveloka.
Batik Air juga menawarkan diskon khas kepada pelancong Indonesia yang datang ke ibu negara untuk tujuan perubatan.
Dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia, Kumpulan Marriot Bonvoy turut serta bersama Tourism Malaysia mengadakan promosi kebudayaan dan kuliner dengan membawa 8 chef mereka dari Malaysia ke empat hotel rangkaian tempatan iaitu JW Marriott Medan, Yogyakarta Marriot, The Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan dan Sheraton Surabaya bersempena misi ini bagi memperkenalkan makanan Malaysia yang enak lagi unik.
Jumlah ketibaan pelawat Indonesia ke Malaysia seramai pada tahun 2024 adalah 4,145,127 orang peningkatan sebanyak 19.1% berbanding tahun 2023 dan 6.8% berbanding 2019. Sehingga Mac 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan dari Indonesia ke Malaysia dengan 106,134 tempat duduk tersedia setiap minggu.(m28)
Update berita terkini dan berita pilihan kami langsung di ponselmu. Pilih saluran favoritmu akses berita Waspada.id WhatsApp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029VaZRiiz4dTnSv70oWu3Z dan Google News Pastikan kamu sudah install aplikasi WhatsApp dan Google News ya.